18 August 2014

INDONESIA LAYAK KE SEPARUH AKHIR


IPOH:  Indonesia layak ke separuh akhir kejohanan Hoki Sekolah ASIA 2014 apabila menewaskan Macau 2-0  di Stadium Azlan Shah, Ipoh, petang tadi.

Kemenangan itu membolehkan Indonesia menyertai tuan rumah, Malaysia meneruskan kemaraan dari kumpulan A.

Malaysia muncul pasukan pertama layak selepas meraih dua kemenangan berturut-turut.

Memerlukan kemenangan, Indonesia mempertingkatkan permainan dan mengasak lawan sebaik wisel permulaan.

Usaha mereka membuahkan ganjaran apabila Frank Atwo menguis masuk pada minit ke-10 diikuti jaringan Dede Alberta dari pukulan penalti pada minit 31.

No comments:

Post a Comment