12 August 2014

PELANCARAN BLOG RASMI KEJOHANAN HOKI SEKOLAH ASIA KALI KE-4

IPOH:  Pentas sudah siap buat lapan pasukan iaitu Brunei, Thailand, Singapura, Macau, Hong Kong, Sri Lanka, Indonesia dan tuan rumah, Malaysia berentap dalam kejohanan hoki Sekolah Asia Edisi ke-4 berlangsung di Stadium Azlan Shah, Ipoh mulai Sabtu ini.

Timbalan Pengarah Pendidikan Perak, Zulkurnaini Hussain berkata Jabatan Pendidikan Negeri Perak yang diberi tanggungjawab mengendalikan kejohanan itu sudah melakukan segala persiapan bagi menjayakan kejohanan itu.

“Kini Ipoh sudah bersedia untuk menerima kunjungan tetamu luar. JPN Perak akan cuba menjadi hos dan kejohanan ini terbaik mungkin.

“Dengan kekangan yang ada dan Perak masih di dalam tempoh berkabung kami berusaha menganjurkan kejohanan ini sebaik mungkin,”katanya pada majlis pelancaran laman web kejohanan itu pagi semalam.

Beliau berkata, pasukan yang bertanding di bahagikan kepada dua kumpulan dengan Malaysia, Brunei, Indonesia dan Macau berada dalam kumpulan A. Manakala kumpulan B mempunyai Thailand, Singpaura, Sri Lanka dan Hong Kong.

“Empat perlawanan diadakan setiap hari iaitu pada jam 3.00 petang, 5.00 petang, 7.00 malam dan dan yang terakhir 9.00 malam,”katanya.

Timbalan Menteri Pendidikan, P Kemalanathan dijangka menyempurnakan penutupan rasmi kejohanan pada 20 Ogos.

No comments:

Post a Comment