19 August 2014

SINGAPURA MUNCUL JUARA KUMPULAN B


IPOH: Singapura menumpaskan Hong Kong 3-0 untuk sekaligus muncul juara kumpulan B kejohanan Hoki Sekolah Asia 2014 di Stadium Azlan Shah malam tadi.

Dengan kedudukan itu, pasukan seberang Selat Tebrau itu berjaya mengelak bertemu gergasi hoki rantau ini, Malaysia di separuh akhir malam esok (ini).

Malah Singapura kini mempunyai tugas mudah kerana akan bertemu naib juara kumpulan A Indonesia.

Pada perlawanan malam tadi Muhammad Mikaaiel menjaringkan 2 gol pada minit ke 7 dan 42, disusuli gol Muhammed Fauzi b. A Wahab pada minit ke 62 untuk memastikan Singapura menamatkan perlawanan pusingan awal dengan 7 mata hasil dua kemenangan dan satu seri.

No comments:

Post a Comment