18 August 2014

THAILAND MEMASTIKAN KEMARAAN KE SEPARUH AKHIR

IPOH: Thailand memastikan tempat ke separuh akhir kejohanan Hoki Sekolah ASIA 2014 apabila  seri tanpa jaringan dengan Sri Lanka dalam perlawanan terakhir kumpulan B, petang tadi.

Dengan keputusan itu Thailand menamatkan cabaran pusingan awal dengan lima mata hasil satu kemenangan dan dua seri  sebaliknya  impian Sri Lanka tampak kabur selepas hanya mengutip empat mata.

Kedua-dua pasukan berbalas serangan dalam usaha memburu kejayaan namun penyudah lemah menjadi faktor menghalang kejayaan mereka. Ketangkasan penjaga gol masing-masing turut memastikan gawang mereka sukar dibolosi.

No comments:

Post a Comment