19 August 2014

SRI LANKA MENDUDUKI TEMPAT KE-5


IPOH: Naib juara lalu, Sri Lanka menamatkan cabaran kejohanan Hoki Sekolah Asia 2014  dengan menduduki tempat kelima selepas menundukkan Macau 5-1 di Stadium Azlan Shah, Ipoh, petang semalam.

Sri Lanka yang dijangka menang mudah perlawanan itu mendahului 3-1 dalam perlawanan yang tertangguh akibat hujan lebat .

 Walaupun tewas, Macau tetap boleh berbangga apabila berjaya menamatkan kemarau jaringan dalam dua perlawanan pusingan awal sebelum ini.

Pada perlawanan semalam, Rabindu Serannimanka membuka jaringan pada minit ke-7 diikuti gol oleh Malith Rasanga enam minit kemudian dan Mohamed Ifras Mansoor pada minit 31. Namun seminit kemudian Vong Teng Fong menjaringkan gol saguhati pasukannya.

Penguasaan Sri Lanka berterusan pada aksi babak kedua apabila menambah jaringan melalui Ruwan Lakmal Dissanayaka dan Asitha Yohn Bandara pada minit 39 dan 40.

No comments:

Post a Comment