17 August 2014

THAILAND DAN SINGAPURA SAMA HANDAL


IPOH: Thailand dan Singapura seri 2-2 untuk mencerahkan peluang ke separuh akhir kejohanan Hoki Sekolah Asia 2014.


Dengan keputusan itu kedua-dua pasukan kini hanya perlu seri perlawanan terakhir masing-masing petang esok (ini), Thailand akan berentap dengan Sri Lanka manakala Singapura berdepan Hong Kong.

Berdasarkan setakat ini, Singapura nyata mempunyai tugas lebih mudah kerana akan bertemu pasukan di tangga tercorot kumpulan itu.

Pada perlawanan malam tadi, Singapura mendahului pada minit ke-20 melalui jaringan pukulan penalti oleh Irfan Noor Hakim Azami.

Bagaimanapun Thailand memadam kelebihan itu pada minit 32 melalui jaringan padang Pasakorn Wadtuma untuk mengikat kedudukan pada babak pertama.

Thailand melebarkan kedudukan pada babak kedua melalui jaringan Pasakorn sekali lagi pada minit 52 tetapi impian pasukan Gajah Putih itu mengutip mata penuh musnah apabila Darren Dian Lun Sia menyamakan kedudukan lima minit sebelum tamat.

No comments:

Post a Comment