16 August 2014

MALAYSIA BELASAH INDONESIA

IPOH: MALAYSIA berpesta gol apabila membelasah Indonesia 15-0 dalam perlawanan pembukaan kumpulan A kejohanan Hoki Sekolah Asia 2014 kali ke-4 di Stadium Azlan Shah, Ipoh malam tadi.

Selepas mendahului 5-0 pada babak kedua, pemain negara memperhebatkan permainan untuk menambah 10 gol .

Dengan kejayaan itu tuan rumah hampir pasti mara ke separuh akhir dan kini hanya perlu mengatasi Macau, malam ini.

Pada perlawanan semalam, Mohd Alif Syazwan menyumbang hatrik pertama perlawanan manakala Muhd Zulhamizan, Nik Muhd Aiman Nik Rozemi, Luqman Nul Hakim dan Muhd Luqman Hakim masing-masing dua gol. Sementara baki gol anak buah Jalaluddin Ismail dijaringkan oleh Muhd Hafizuddin Zaidi, Muhd Najme Ahmad Hayazi, Abdul Khaliq Hamirin dan Khairul Helmy Napi.

No comments:

Post a Comment