15 August 2014

SRI LANKA HILANG TONGGAK

IPOH : Malang menimpa Sri Lanka apabila terpaksa melupakan hasrat menggunakan seorang pemain tengah kerana mengalami kecederaan.

Pemain itu yang tidak dedahkan identitinya mengalami kecederan peha ketika menjalani latihan pasukan di stadium Azlan Shah, pagi semalam.

Pegawai perubatan kejohanan yang memeriksa pemain itu berkata, tidak ada cara pemain itu boleh beraksi kerana kecederaan agak teruk.

KONTINJEN MULA TIBA DI IPOH


IPOH: Semua tujuh pasukan yang akan bertanding dalam Kejohanan Hoki Sekolah Asia kali ke-4 di Stadium Azlan Shah, Ipoh mulai esok sudah berada di Ipoh.

Pasukan terakhir tiba ialah Macau yang tiba di hotel penginapan awal pagi ini iaitu kira-kira jam 12.30 pagi.

Pasukan luar negara pertama yang tiba di Ipoh ialah Sri Lanka yang sudah berada di Kuala Lumpur sejak 13 Ogos lalu.





Sementara itu pasukan tuan rumah, Malaysia sudah berada di Ipoh sejak 11 Ogos untuk membuat penyesuaian serta mengadakan perlawanan pemanas badan menentang pasukan tempatan.

14 August 2014

PERAK BERSEDIA TERIMA KONTINJEN

IPOH:  Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Tuan Haji Mohd Idris Haji Ramli mengalu-alu ketibaan semua pasukan ke Kejohanan Hoki Sekolah Asia ke-4 berlangsung di Stadium Azlan Shah, Ipoh, Sabtu ini.

“Perak mengalu-alukan ketibaan semua peserta dan berharap mereka akan gembira dan selesa berada di Ipoh.  Selain itu saya mengucapkan selamat bertanding kepada semua pasukan,” katanya.

Tujuh pasukan iaitu Thailand, Singapura, Sri Lanka, Macau, Hong Kong, Indonesia dan tuan rumah, Malaysia menyertai kejohanan yang akan dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, YBhg. Datuk Dr. Khair Bin Mohamad Yusof.

12 August 2014

PASUKAN PENYOKONG DILANCARKAN

IPOH: Lapan  buah sekolah terpilih menjadi kumpulan penyokong pasukan-pasukan yang bertanding dalam Kejohanan Hoki Sekolah-sekolah Asia ke-4. Sejumlah 40 orang murid daripada setiap sekolah akan menjadi penyokong kepada negara yang ditetapkan.

Sekolah-sekolah itu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anderson, SMK Raja Permaisuri Bainun, SMK Raja Perempuan, SMK Gunung Rapat, SMK Raja Chulan,  SMK Seri Ampang, SMK Seri Intan dan SMK Tambun.


SMK Anderson akan menyokong pasukan Malaysia manakala Bainun (Thailand), SMK Gunung Rapat (Hong Kong), SMK Raja Chulan (Singapura), SMK Seri Ampang (Macau), SMK Seri Intan (Sri Lanka), SMK Raja Perempuan (Brunei) dan SMK Tambun (Indonesia).

Timbalan Pengarah Pendidikan Perak, Zulkurnaini Hussain telah melancarkan pasukan sorak untuk negara-negara yang bertanding pada 11 Ogos 2014 bertempat di Dewan Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara jam 11 pagi.

PELANCARAN BLOG RASMI KEJOHANAN HOKI SEKOLAH ASIA KALI KE-4

IPOH:  Pentas sudah siap buat lapan pasukan iaitu Brunei, Thailand, Singapura, Macau, Hong Kong, Sri Lanka, Indonesia dan tuan rumah, Malaysia berentap dalam kejohanan hoki Sekolah Asia Edisi ke-4 berlangsung di Stadium Azlan Shah, Ipoh mulai Sabtu ini.

Timbalan Pengarah Pendidikan Perak, Zulkurnaini Hussain berkata Jabatan Pendidikan Negeri Perak yang diberi tanggungjawab mengendalikan kejohanan itu sudah melakukan segala persiapan bagi menjayakan kejohanan itu.

“Kini Ipoh sudah bersedia untuk menerima kunjungan tetamu luar. JPN Perak akan cuba menjadi hos dan kejohanan ini terbaik mungkin.

“Dengan kekangan yang ada dan Perak masih di dalam tempoh berkabung kami berusaha menganjurkan kejohanan ini sebaik mungkin,”katanya pada majlis pelancaran laman web kejohanan itu pagi semalam.

Beliau berkata, pasukan yang bertanding di bahagikan kepada dua kumpulan dengan Malaysia, Brunei, Indonesia dan Macau berada dalam kumpulan A. Manakala kumpulan B mempunyai Thailand, Singpaura, Sri Lanka dan Hong Kong.

“Empat perlawanan diadakan setiap hari iaitu pada jam 3.00 petang, 5.00 petang, 7.00 malam dan dan yang terakhir 9.00 malam,”katanya.

Timbalan Menteri Pendidikan, P Kemalanathan dijangka menyempurnakan penutupan rasmi kejohanan pada 20 Ogos.